KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebutharga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN
1. 8/2024
LR
SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL DAN MENGHANTAR ANAK DAN BENIH POKOK UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 

DALAM KOD BIDANG

070201 – (TANAMAN/BAKA/ BENIH SEMAIAN)

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Jabatan Kewangan ( Seksyen Perolehan) mulai 27 Mei 2024 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Pembekal dikehendaki membawa Cop Syarikat, Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Yang Dikeluarkan Oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal Yang Dikeluarkan Oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 2 JUN 2024, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 26 Mei 2024

Skip to content