27 Mei 2024 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan Majlis Hi-Tea dan Media Engagement Sempena Hari Wartawan Nasional 2024 ini bertemakan “Etika Teras Kewartawanan Mampan” telah diadakan bertempat di Kulim Inn, Kedah.

Pihak MPKK mengadakan Majlis ini bagi menghargai peranan dan usaha rakan media di samping bagi mengukuhkan hubungan kerjasama strategik di antara MPKK dan rakan-rakan media tempatan.

Peranan rakan-rakan media amat penting dalam menyampaikan segala maklumat dan liputan program yang relevan dan tepat kepada masyarakat setempat.

Majlis dimulakan dengan sesi taklimat Hala Tuju Pembangunan Kulim 2035 oleh TPr. Haji Hamzah bin Ab Halim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK dan ucaptama daripada Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim.

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada rakan media yang disampaikan oleh Dato’ Yang Dipertua MPKK:-

Rakan Strategik Pengamal Media (wartawan):-

1. Puan Sarah binti Abdul Halim – Mewakili Pegawai Penerangan Daerah Kulim

2. Encik Azhar bin Hashim, Pemberita Utusan dan Kosmo

3. Encik Low Pek Keong, Pemberita Sin Chew

4. Cik Hemananthini Subramanim – Pemberita Thisaigal

5. Puan Sarina Ismail – Pemberita Harakah

6. Encik K.R Murthi – Pemberita Makkal Osai

Pempengaruh Media Sosial Tempatan juga khususnya daripada Kulim turut diiktiraf akan peranan pentingnya sebagai perantara dan medium penyampaian maklumat kpd masyarakat:-

Rakan Strategik Media Sosial :-

1. Kulim Media TV

2. Man Kulim atau Man Pening

Turut hadir Yang Berhormat Tuan Khairul Anuar bin Ramli, Adun Lunas; Yang Berhormat Tuan Roslan Bin Hashim, Ahli Parlimen Kulim – Bandar Baharu; Tuan Haji Badrol Hisam bin Mohd Yusoff, Ketua Whip merangkap Ahli Majlis MPKK; Puan Sarah binti Abdul Halim mewakili Pegawai Penerangan Daerah Kulim; Cik Amal binti Zubir, Puan Setiausaha MPKK; Ahli-ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Unit, Pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Kulim (MPKK).

Klik untuk gambar sekitar program

Kulim Media Tv

Man Kulim Peninnggg

#HariWartawanNasional2024

#MajlisPerbandaranKulim

#RakanMedia

#Hawana2024

Skip to content