23 Mei 2024 – Satu sesi lawatan yang di ketuai oleh YBhg. Dato Yang Dipertua MPKK ke Tapak Pelupusan Sanitari Padang China bersama dengan beberapa Pengarah Jabatan dan Pegawai Majlis.

Lawatan tersebut diadakan adalah bertujuan untuk membuat tinjauan ke atas sel sedia ada di TPS Padang China yang hampir mencapai kapasiti maksimum.

Berdasarkan maklumbalas daripada Encik Jaafar Saddiq, Pengarah Urusan, Panimex Construction (M) Sdn. Bhd. iaitu kontraktor yang menguruskan operasi TPS Padang China, tapak sedia ada hanya mampu bertahan selama 4 bulan sahaja lagi berbanding jangka hayat asal kerana TPS Padang China terpaksa menampung sampah dari Daerah Sungai Petani, Yan, Sik dan Baling yang mana kapasiti sampah mencecah kepada 800 tan ke 1000 tan sehari susulan daripada penutupan TPS Semeling, Sg. Petani sekitar tahun 2020 akibat dari kebakaran serta masalah leachate.

Kapasiti asal TPS Padang China hanya direka untuk menampung sekitar 400 tan sampah sehari sahaja untuk Daerah Kulim, Bandar Baharu dan PBT Hi-Tech.

Pihak Panimex Construction (M) Sdn. Bhd. juga memaklumkan pihaknya dalam cadangan untuk menggunakan ruangan di antara Sel 1 dan Sel 2, di mana penggunaan kawasan tersebut akan membentuk Supercell dengan jangka hayat boleh mencapai sehingga 10 tahun Lagi. Pengurusan Sampah secara sistematik perlu dilaksanakan di Daerah Kulim iaitu secara WTE (Waste to Energy) yang mana akan melibatkan pihak Majlis, JPSPN dan kontraktor sampah di tapak.

Setiap warga Kulim perlu bekerjasama dalam pengurusan Sampah yang lebih teratur bagi memastikan kulim bersih dan lestari.

Justeru itu, penduduk perlu memberi perhatian dan usaha bagi mengurangi bahan-bahan sisa dan sampah dengan melaksanakan kitar semula, penggunaan semula barangan sebagai langkah alternatif yang boleh dilaksanakan demi kesejahteraan alam sekitar untuk generasi akan datang.

Skip to content