HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH

Program Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah telah diadakan di Dataran Tsunami, Kota Kuala Muda.

Program merupakan anjuran Pejabat Exco Alam Sekitar Negeri Kedah dan Yayasan Strategik Lestari. Program dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, SPMK., AMK . Pelbagai aktiviti diadakan antaranya Program Kutipan Sampah, Pertandingan Mewarna, dan Sukaneka Rakyat.

Hadir bersama memeriahkan program Yang Dipertua MPSPK Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK, Setiausaha MPSPK Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian dan wargakerja MPSPK.

Skip to content