𝟐𝟗 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐀𝐁𝐔)
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐒𝐏𝐁-𝐏𝐁𝐓) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐊𝐏𝐊𝐓) 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍
Majlis Daerah Yan (MDY) telah menerima kunjungan daripada Panel Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Bahagian Inspektorat, Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT pada 29 Mei 2024 (Rabu) jam 8.00 bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Yan.
Seramai 6 orang panel telah hadir untuk melaksanakan penilaian SPB-PBT dan kunjungan ini diketui oleh Pn.Nur Halimah binti Mohd Yusoff bersama 5 orang panel penilai iaitu En. Lim Wei Kean, En. Mohamed Firdaus bin Othman, En. Muhammad Aizuddin bi Safiaai dan Pn. Atiqah binti Khalid. Urus setia bagi lawatan ini ialah En. Chin Khien Leong.
Penilaian SPB-PBT ini melibatkan aspek pengurusan, pentadbiran, perundangan, penguatkuasaan, pembangunan, perkhidmatan bandar dan kemasyarakatan di mana audit yang dijalankan ini bertujuan bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisen dan berkualiti kepada masyarakat. Penilaian ini juga diadakan silang masa dua tahun sekali untuk mengukur tahap pengurusan PBT di seluruh Malaysia.
Tentatif acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Noorul Azzyati binti Ahmad Salmi, BCK., [Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah)] mewakili Puan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan yang bertolak ke Tanah Suci Mekah. Sejurus itu, taklimat pembukaan diadakan secara ringkas agar atur cara program berjalan dengan lancar sehingga ke pengujungnya. Penilaian dimulakan pada jam 8.30 pagi sehingga jam 5.00 petang. Pada waktu tengah hari, panel penilaian dibawa melawat tapak projek yang sedang diusahakan di dalam Daerah Yan. Pihak penilaian diberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan dan turut diadakan sesi bergambar bersama.
Puan Pengerusi, Puan Noorul Azzyati binti Ahmad Salmi, BCK., merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga MDY di atas komitmen tinggi yang diberikan dalam setiap aspek penilaian yang dilakukan. Beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Majlis MDY (politik dan ex-officio) yang sentiasa memberikan komitmen penuh dan terus menyokong setiap perancangan dan pelaksanaan pelan,program dan aktiviti yang dijalankan oleh Majlis Daerah Yan.
Turut hadir dalam lawatan penilaian dan sesi audit ini ialah Tuan Setiausaha MDY, Encik Mohd Akmal bin Azimi, Ketua- Ketua Jabatan dan unit serta urus setia SPB-PBT MDY yang terlibat.
Semoga MDY berjaya memperolehi penarafan bintang yang terbaik dan cemerlang dalam sesi audit SPB-PBT KPKT tahun ini.