8 Jun 2024 – Program Tanam Pokok dan Lawatan Media ke Kebun Komuniti Bandar Taman Serai Setia, Padang Serai (Zon 15) telah diadakan dengan penglibatan penduduk Taman Serai Setia, Pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Guar Lobak dan juga Ahli Komuniti Kebun Bandar Taman Serai Setia.

Program ini turut dihadiri oleh Ustaz Sharizal bin Said (Ahli Majlis Zon 15), Cik Amal binti Zubir (Setiausaha MPKK), TPr. Haji Hamzah bin Ab. Halim (Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap), Puan Nurul Ain binti Mohd Nadri (Pegawai Pertanian Daerah Kulim) dan Ts Rozita binti Awang (Penolong Pengarah Bahagian Landskap MPKK), Encik Firdaus bin Saiden (Pegawai Kawasan Zon 15) serta pegawai dan anggota MPKK.

Acara penanaman pokok secara gotong royong ini melibatkan tanaman jenis Pokok Hujan-hujan (Samanea Saman) sebanyak dua (2) batang pokok telah ditanam di kawasan padang Taman Serai Setia. MPKK telah menyasarkan penanaman sebanyak 10 pokok setiap zon melalui penanaman secara gotong royong di kawasan daerah Kulim melibatkan 18 lokasi mengikut zon Ahli-ahli Majlis sebagai usaha pemuliharaan alam sekitar dan pemerkasaan komuniti.

Di samping itu, pelbagai pengisian menarik turut diadakan seperti Pertandingan Memancing Ikan Keli di Kolam Kebun Komuniti dan juga Bola Baling yang melibatkan pelajar-pelajar daripada SK Guar Lobak, diharapkan dapat mengeratkan hubungan ukhwah dan menyuntik semangat kebersamaan di kalangan warga penduduk.

————————————————————————–

𝐊𝐞𝐛𝐮𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐥𝐢𝐩𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐝𝐢𝐚!

Rakan strategik media iaitu Kulim Media Tv yang hadir membuat liputan kebun komuniti Taman Serai Setia sebagai medium penyampaian maklumat kepada masyarakat agar dapat mencari peluang bagi mewujudkan kebun komuniti yang berpotensi untuk menyediakan ruang hijau, menjana sumber makanan segar, mewujudkan perpaduan masyarakat, hubungan dengan alam sekitar, sudut ilmu dan menjana pendapatan penduduk.

Kebun Komuniti di Taman Serai Setia ini merupakan antara kebun komuniti bandar yang sangat aktif yang boleh dijadikan sebagai contoh salah satu program di bawah elemen Smart Environment dalam kerangka Bandar Pintar (Smart City).

Komuniti penduduk ini berjaya memanfaatkan peluang menerusi kombinasi tanaman dan pemeliharaan di kawasan terbiar atau lapang yang diberikan kebenaran oleh pihak MPKK khususnya di kawasan taman perumahan penduduk untuk membangunkan kebun bandar yang dapat membantu menyumbang kepada sektor pengeluaran keterjaminan makanan.

Menurut En Azhar bin Ahmad, Pengerusi Kebun Komuniti Taman Serai Setia menyatakan bahawa Kebun Komuniti ini telah mendapat perhatian dan juga bantuan daripada pelbagai pihak sejak diusahakan bermula tahun 2016. Pelbagai tanaman yang diusahakan kini mempunyai pelbagai konsep kaedah pertanian meliputi fertigasi, hidroponik, tanaman planter box dan juga terdapat juga kolam ternakan ikan.

Kebun komuniti telah mendapat kerjasama yang erat khususnya daripada pihak MPKK yang diselaras oleh Puan Hajjah Ummi Kalsom binti Ishak, Pegawai Penyelaras Kebun Komuniti serta pihak Pejabat Pertanian Daerah Kulim dan Pejabat Perpaduan Daerah Kulim.

Klik untuk gambar sekitar program

#ProgramTanamPokok

#LawatanMediakeKebunKomuniti

#MajlisPerbandaranKulim

#kulimmediatv

Skip to content