𝟐𝟔 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐀𝐁𝐔)

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Yan Bilangan 6 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Puan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) Yan, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi., BCK. pada jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Alamanda, D’Yan Chalet Pusat Peranginan Titi Hayun, Yan, Kedah

Agenda Mesyuarat Majlis Penuh ini dimulakan dengan aluan Puan Pengerusi dan disusuli dengan Agenda Mengesah dan Meluluskan Minit Mesyuarat Majlis Penuh Bilangan 5 Tahun 2024 bertarikh 23 Mei 2024 lalu serta laporan maklum balas perkara – perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat tersebut.

Agenda Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan menerima ketetapan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MDY, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDY dan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kecil MDY.

Agenda Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan pembentangan kertas-kertas makluman dan kertas kerja serta pelaporan untuk pertimbangan Majlis oleh jabatan / unit MDY.

Agenda Mesyuarat kemudiannya disusuli dengan hal – hal lain dan diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Puan Pengerusi.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Tuan Setiausaha, Ahli-ahli Majlis MDY (politik dan ex-officio), Ketua-Ketua Jabatan / Unit MDY dan urus setia mesyuarat yang terlibat.

Puan Pengerusi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir di atas komitmen tinggi dan kerjasama padu yang diberikan sepanjang mesyuarat berlangsung.

Skip to content