1 JULAI 2024 – Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan mengumumkan bahawa tiada lagi cetakan dan edaran Bil Cukai Taksiran dilaksanakan bermula Julai 2024.

Oleh yang demikian, setiap awal penggal, notifikasi akan dihantar kepada anda menerusi SMS yang mengandungi maklumat akaun dan amaun cukai taksiran.

Anda juga boleh membuat semakan dan pembayaran bil anda di laman web PBTPay –> https://pbtpay.kpkt.gov.my/home

Untuk mendaftar akaun PBTPay anda sila klik –> daftar PBTPay

Sekiranya anda tidak menerima notifikasi SMS, sila imbas QR KOD di bawah untuk kemaskini maklumat anda yang terkini.

Anda juga boleh  membayar cukai taksiran melalui Jompay :
Biller Code Jompay: 6890
Ref 1: No. Akaun Cukai Taksiran (cth: T0400xxxxxx)
Ref 2: No. Telefon Bimbit Anda

Jika anda tidak pasti nombor akaun cukai taksiran atau ingin membuat sebarang pertanyaan berkaitan cukai taksiran, sila hubungi talian 011-5679 6885 (Unit Taksiran).

Skip to content