PROGRAM GOTONG ROYONG DAN MAJLIS PERASMIAN KEMPEM MEMBASMI HOT SPOT DENGGI SEMPENA KEMPEN KESIHATAN  PERSEKITARAN ,KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN TAHUN 2024

13 Julai 2024 (Sabtu) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu di bawah Jabatan Kesihatan Persekitaran telah mengadakan Program Gotong –royong dan Majlis Perasmian Kempen Membasmi Hot Spot Denggi di Taman Mahsuri 2A, Bandar Darulaman Daerah Kubang Pasu yang telah berlangsung dari April 2024 hingga Julai 2024 sempena Kempen Kesihatan Persekitaran, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tahun 2024. MPKP telah terpilih sebagai salah satu PBT daripada 10 Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyertai kempen ini. Lokaliti Taman Mahsuri 2A telah dipilih sebagai lokasi kempen kerana memenuhi ciri-ciri kawasan keutamaan tinggi (high priority) untuk pencegahan denggi dan lokaliti ini turut pernah diisytiharkan kawasan hotspot Denggi pada tahun 2023 dan beberapa kali diisytiharkan kawasan wabak sepanjang tiga tahun yang lalu.

Encik Azman bin Abu Hassan, Ahli Majlis Zon A mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kempen ini. Turut hadir bersama menjayakan kempen ini adalah Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Swcorp Kubang Pasu, Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa COMBI dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Mahsuri 2A, Kontraktor konsesi pembersihan Syarikat E.Idaman Kubang Pasu, Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Tadika Kemas Taman Mahsuri serta jabatan dalaman Majlis Perbandaran Kubang Pasu.

Objektif utama kempen ini adalah untuk menamatkan kejadian hotspot denggi/ mengekalkan status BEBAS hotspot Denggi di lokaliti yang melaksanakan kempen, untuk meningkatkan kecekapan PBT di dalam pengurusan hotspot denggi berpandukan kepada Garis Panduan Kawalan Nyamuk di kawasan PBT serta memberi pengiktirafan kepada PBT yang menguruskan hotspot denggi dengan cemerlang.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang kempen adalah:-

1.Penilaian Risiko dan Kajian Entomologikal

2. Gotong Royong bersama penduduk

3. Pertandingan Kumpul Sampah terberat (penilaian berdasarkan jenis sampah/bekas yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk) serta menggalakkan kitar semula

4. Pertandingan Mewarna kepada kanak-kanak tadika di taman tersebut bagi pendedahan awal berkaitan nyamuk denggi

5.Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Aedes bersama agensi berkaitan(Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Swcorp Kubang Pasu, Polis Daerah Kubang Pasu dan wakil persatuan penduduk)

6. Aktiviti promosi dan pendidikan secara berterusan serta saringan kesihatan

Penduduk di Taman Mahsuri 2A ini di sarankan untuk terus mengambil tindakan pencegahan dari awal dengan memusnahkan tempat pembiakan aedes dengan melaksanakan:-

i. Gotong royong kebersihan sekitar untuk menghapus tempat pembiakan aedes.

ii. Menjaga kebersihan sekitar dengan membuat pemeriksaan sekitar rumah setiap minggu.

iii. Berkerjasama dengan agensi kerajaan / pihak berkuasa tempatan dalam menjaga kebersihan

iv. Tidak membuang sampah sesuka hati dengan membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan oleh kontraktor pembersihan

v. Rumah kediaman tidak dijadikan tempat penyimpanan barang lusuh/ terpakai

vi. Rumah kediaman tidak dibiarkan dalam keadaan semak samun / kotor.

vii. Taman permainan awam, tempat rekreasi awam dan tanah lapang sebagai tempat pembuangan sampah.

Sekiranya setiap masyarakat/ penduduk setempat melakukan usaha ini, sudah pasti tiada Aedes membiak dan hidup. Melalui aktiviti/ program yang dijalankan sepanjang kempen ini berlangsung MPKP mensasarkan untuk mengekalkan status bebas hotspot Denggi di taman ini, mengurangkan risiko persekitaran yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk dan mengurangkan indeks entamologi (seperti Aedes Indeks, Breuteu Indeks, Container dan lain –lain) dilokaliti kempen.

#Tiada Aedes Tiada Denggi

#MPKP Perbandaran Bersih, Indah Makmur dan Selamat

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content