15 Julai 2024, (Isnin) – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 dan Majlis “Sekalung Budi, Seindah Memori” telah berlangsung bertempat di Kulim Golf & Country Resort.

Majlis “Sekalung Budi, Seindah Memori” sempena perpisahan Cik Amal binti Zubir, mantan setiausaha MPKK. Seluruh warga kerja MPKK merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cik Amal binti Zubir di atas khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama Majlis Perbandaran Kulim.

Di samping itu, majlis turut menyaksikan sesi penyerahan tugas kepada Setiausaha MPKK, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi. Tahniah dan selamat berkhidmat diucapkan.

Seterusnya, Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil APC telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), diiringi Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK dan Encik Halimin bin Lahaming, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKK.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima-penerima anugerah dan terima kasih kepada pesara dan bakal pesara di atas jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama berkhidmat di Majlis Perbandaran Kulim.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content