MAJLIS DAERAH BALING

KENYATAAN TAWARAN

  1. Sebut harga adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal tempatan yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Kementerian Kewangan yang masih sah tempohnya dan berdaftar dengan Majlis Daerah Baling dibenarkan membuat tawaran bagi perkhidmatan/bekalan serta syarat-syarat seperti berikut :-
BILBUTIR-BUTIR TAWARANSYARAT PENDAFTARANHARGA DOKUMENTARIKH JUALANTARIKH TUTUP
  a.  Sebut Harga Perkhidmatan  Membekal, Mengukur, Menjahit Dan Menghantar Baju Korporat, Pakaian Seragam Anggota Penguatkuasa, Pakaian Seragam Pegawai Jabatan Kesihatan Persekitaran, Pakaian Seragam Kakitangan Sokongan II Dan Kasut Bagi Majlis Daerah Baling Tahun 2024   MDB/SH/02/2024(PK)  i) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)   020801 – Pakaian            ATAU   020802 – Kelengkapan Pakaian     ii) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)    RM 30    18 Julai 2024   Hingga   23 Julai  202424 Julai  2024 (12.00 Tengahari)
  • Dokumen Tawaran Sebut Harga boleh diperolehi mulai18 Julai 2024 hingga 23 Julai 2024 di Kaunter Hasil, Jabatan Perbendaharaan, Majlis Daerah Baling dengan mengemukakan bayaran dokumentasi sebanyak RM 30.00 (tidak kembalikan) dalam bentuk wang tunai. Pembekal hendaklah menghantar dokumen sebut harga menggunakan sampul surat berlakri.
  • Waktu kaunter beroperasi seperti berikut :-
  • Ahad – Rabu  : 8.00 Pagi – 3.30 Petang (Rehat 1.00 petang – 2.00 petang)
  • Khamis            : 8.00 Pagi – 1.00 Petang
  • Dokumen Tawaran Sebut Harga hanya dikeluarkan kepada pembekal yang sah sahaja. Untuk maksud ini pembekal hendaklah membawa surat pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta mempunyai kod bidang berkaitan, Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), penyata bank syarikat dan pembekal juga hendaklah berdaftar dengan Majlis Daerah Baling.
  • Dokumen Tawaran Sebut Harga mestilah di masukkan ke dalam satu sampul surat berlakri yang ditanda no. sebut harga dan tajuk perkhidmatan/bekalan.
  • Dokumen Tawaran Sebut Harga yang diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran sebut harga sebelum atau pada 24 Julai 2024 dan tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari.
  ……………………………Yang Dipertua Majlis Daerah Baling Kedah Darul Aman   

Tarikh :

Skip to content