Operasi Penguatkuasaan Bersepadu AEDES Peringkat Daerah Kubang Pasu Tahun 2024

1 Ogos 2024 (Khamis) – Taman Mahsuri telah menjadi ‘hotspot’ tumpuan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu AEDES. Penyertaan jabatan agensi daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kubang Pasu, SWCorp, PDRM dan Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu.

Operasi dipecahkan kepada 4 kumpulan dan setiap agensi berlainan diletakkan dalam satu kumpulan bagi memudahkan urusan penguatkuasaan. Operasi yang melibatkan hampir keseluruhan Taman Mahsuri telah memperlihatkan kesedaran dalam kalangan penduduk dalam menangani AEDES. Beberapa teguran telah diberikan kepada penduduk yang masih tidak mematuhi arahan yang telah dikeluarkan.

Operasi yang berlangsung seawal jam 9 pagi telah bermula dengan sedikit penerangan pegawai daripada Majlis Perbandaran Kubang Pasu bagi melancarkan operasi. Operasi berakhir sekitar jam 11 pagi.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content