PENILAIAN SISTEM PENARAFAN BINTANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN SPB-PBT 2024, MBAS KEKALKAN PRESTASI 5 BINTANG

27 Mei 2024, Alor Setar – Lawatan Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2024 (SPB-PBT) yang telah diadakan pada hari ini bertempat di Menara MBAS, Majlis Bandaraya Alor Setar. Seramai 6 orang penilai Inspektorat Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) yang diketuai oleh Pn. Nur Halimah binti Mohd Yusoff, Pengarah Bahagian Inspektorat, Jabatan Kerajaan Tempatan telah menjalankan penilaian indikator yang telah ditetapkan bagi penarafan bintang tersebut.
Hasil daripada laporan penilaian yang dibentangkan di sesi penutupan yang telah berlangsung petang tadi, MBAS berjaya mengekalkan prestasi 5 bintang bagi tahun 2024. Pihak pengurusan MBAS juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja MBAS atas komitmen dan kesungguhan yang telah diberikan dalam memastikan kelancaran sesi penilaian SPB-PBT pada kali ini.
Skip to content