02 Jun 2024 – Sorotan foto penglibatan Majlis Bandaraya Alor Setar di Program Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah telah diadakan di Dataran Tsunami, Kota Kuala Muda. Program telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya Program Kutipan Sampah, Pertandingan Mewarna, dan Sukaneka Rakyat.
MBAS melalui Bahagian Perkhidmatan Bandar telah menghantar seramai 21 anggota yang diketuai oleh Encik Mohd Khairul Nidzam Bin Mohd Tajudin ke program tersebut.