ADUAN MASALAH PARIT TERSUMBAT ATAS SIMPANAN JALAN JKR, JALAN LANGGAR, ALOR SETAR

11 Jun 2024, Alor Setar – Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan kesihatan, YB. Mejar (B) Mansor Bin Zakaria bersama pihak MBAS telah mangadakan satu lawatan tapak berkaitan aduan masalah parit tersumbat atas simpanan jalan JKR bertempat di KM 5, hadapan Taman Pulai Jaya, Jalan Langgar. Hasil daripada pemantauan dan aduan penduduk setempat, masalah tersebut didapati berpunca daripada semak-samun dan sampah sarap menyebabkan sistem perparitan tersumbat dan membawa kepada berlakunya kejadian banjir kilat di kawasan tersebut.
Beberapa perkara telah dikenal pasti. Pihak MBAS bersama beberapa agensi terlibat akan mengambil tindakan pembersihan berkala dan peningkatan infrastruktur bagi mengatasi permasalahan ini. MBAS akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan penduduk sentiasa dijaga.
Turut hadir ialah Ahli Majlis MBAS, En. Chuah Chong Yong; Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBAS, Tuan Haji Md. Nayan bin Bahari serta penduduk-penduduk setempat yang terlibat.
Skip to content