MBAS BERJAYA MEMPEROLEH PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015, ISO 37001:2016 & ISO/IEC 27001:2022

10-12 Jun 2024 – Majlis Bandaraya Alor Setar telah berjaya memperoleh pensijilan semula bagi MS ISO 9001:2015, ISO 37001:2016 & ISO/IEC 27001:2022 setelah selesai menjalani proses pengauditan oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dari 10 Jun 2024 hingga 12 Jun 2024.
 
Hasil daripada laporan pengauditan yang dibentangkan di sesi penutupan yang telah berlangsung petang tadi, Ketua Juruaudit dari pihak SIRIM, En. Mohd Mauududi Bin Mohd Noor telah mengesyorkan Majlis Bandaraya Alor Setar untuk pensijilan semula bagi MS ISO 9001:2015, ISO 37001:2016 & ISO/IEC 27001:2022.
 
Pihak pengurusan MBAS merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja MBAS atas komitmen dan kesungguhan yang telah diberikan dalam memastikan kelancaran sesi pengauditan pada kali ini.
 
Skip to content