KUNJUNG HORMAT DEWAN PERDAGANGAN MALAYSIA – CHINA ( CAWANGAN KEDAH – PERLIS )
Yang Dipertua, Yang Mulia Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Telah Menerima Kunjungan Pelabur-Pelabur Dari Negara China Dari Bandar Linyi Yang Terletak Di Bahagian Tenggara Provinsi Shandong. Seramai 15 Orang Yang Telah Hadir Diketuai Oleh Pengerusi Dewan Perdagangan Malaysia-China, Encik Tan Ah Kiang, Ahli-Ahli Jawatankuasa Dan Para Pelabur.
Tujuan Kunjungan Tersebut Adalah Membincangkan Peluang Pelaburan Di Sungai Petani Dalam Meningkatkan Pulangan Pelaburan Yang Baik Dan Terjamin Di Samping Menyumbang Kepada Pembangunan Ekonomi Negeri Kedah. Yang Dipertua Juga Menyambut Baik Minat Dan Hasrat Oleh Para Pelabur Tersebut Kerana Ianya Memberi Petanda Baik Untuk Ekonomi Dengan Prospek Peningkatan Peluang Pekerjaan Khusus Kepada Penduduk Tempatan.
Turut Hadir Bersama Ahli Majlis Zon 4 Puan Lean Hooi Chian, Pengarah Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Cik Natasya Binti Ismail Dan Encik Kasturi Bin Majid.