KEDAH BERSIH | PROGRAM GOTONG ROYONG KHAS MBAS BERSAMA KOMUNITI KAWASAN ZON 16 HUTAN KAMPUNG - JABI.

29 JUN 2024 (SABTU), ALOR SETAR – Program Gotong Royong Khas Majlis Bandaraya Alor Setar bersama komuniti Kawasan Zon 16 Hutan Kampung – Jabi yang telah diadakan pagi tadi bertempat di Taman Cahaya, Hutan Kampung, Alor Setar. Program ini diadakan melalui inisiatif Ahli Majlis MBAS merangkap Pegawai Kawasan Zon 16, En. Mohd Firdaus Bin Salleh dibantu oleh Ketua Bahagian Kualiti & Komunikasi Korporat MBAS merangkap Penolong Pegawai Kawasan Zon 16, En. Mohamad Syafiq Bin Mohamad Najib.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah, Tuan Syeikh Mohd Rodi bin Abdul Rahman. Gotong Royong tersebut tertumpu kepada pembersihan di kawasan sekitar Taman Cahaya melibatkan Kawasan Surau al-Muttaqin, tali air MADA yang berhampiran serta sistem perparitan di kawasan tersebut. Selain itu, turut diadakan acara selingan iaitu cabutan bertuah buat para penduduk.

Gotong-Royong ini melibatkan kerjasama daripada pihak e-Idaman Sdn. Bhd, komuniti penduduk Taman Cahaya serta penduduk sekitar. Program tersebut mendapat sambutan yang amat baik dari pelbagai lapisan masyarakat Taman Cahaya dan sekitarnya yang bekerjasama dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan Negeri Kedah dalam memastikan negeri Kedah sebagai sebuah negeri yang paling bersih di Malaysia.

Pihak MBAS sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan penduduk dijaga dan menyeru agar penduduk Alor Setar untuk bersama menjaga kebersihan bandar ini dan menghindari bandar ini dari pencemaran sampah sarap serta bahan buangan.

Skip to content