PROGRAM SOLAT DHUHA BULANAN SEMPENA MAAL HIJRAH 1446H/2024M MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

08 Julai 2024 (Isnin) – Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama Puspanita MBAS dan Biro Agama & Dakwah, Kelab MBAS telah mengadakan Program Solat Dhuha Bulanan sempena Maal Hijrah 1446H/2024M bertempat di Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah pagi tadi.
 
Program turut desrikan dengan kehadiran YBhg. Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS. Turut diadakan tazkirah sempena Awal Muharam (Maal Hijrah) yang telah disampaikan oleh Ustaz Wafir Haji Yusof.
 
Hadir sama Naib Yang Dipertua Kelab MBAS, En. Khairuddin Bin Idris, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta semua kakitangan dan ahli Puspanita Majlis Bandaraya Alor Setar.
 
Skip to content