LAWATAN RASMI DATUK BANDAR ALOR SETAR, PEGAWAI DAERAH KOTA SETAR DAN PENGURUSAN MBAS KE HOSPITAL AURELIUS ALOR SETAR

11 Julai 2024, Alor Setar – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Hospital Aurelius Alor Setar. Ketibaan beliau disambut Pengerusi & Pengarah Urusan Kumpulan Aurelius Healthcare, Dato’ Amir Firdaus Abdullah bersama pihak pengurusan Hospital Aurelius.
Lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara pihak Hospital Aurelius bersama agensi kerajaan di samping memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di hospital berkenaan.
Pihak MBAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Hospital Aurelius di atas layanan yang diberikan dan semoga dengan lawatan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di Bandar Raya Alor Setar.
Hadir sama Pegawai Daerah Kota Setar, Dato’ Haji Hakim Ariff Bin Md Noor; Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBAS, En. Azhan bin Ramli serta Ketua-Ketua Bahagian MBAS.
Sumber foto : Aurelius Hospital Alor Setar
 
Skip to content