INTERNATIONAL CONFERENCE "ALOR SETAR LIVEABLE CITY 2024"
23 Julai 2024, Selasa – Sempena Mai Singgah Alor Setar 2024, Majlis Bandaraya Alor Setar membawakan sebuah program bertaraf antarabangsa di Alor Setar iaitu International Conference “Alor Setar Liveable City 2024” yang melibatkan lebih 300 penyertaan dari dalam dan luar negara.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud seterusnya ucapan khas oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah, YB Prof Dr. Haim Hilman bin Abdullah.
International Conference “Alor Setar Liveable City 2024” menghimpunkan pemimpin industri, pakar kemampanan, pelabur dan penggubal dasar untuk membincangkan strategi inovatif, berkongsi amalan terbaik dan memupuk kerjasama ke arah masa depan yang lebih mampan untuk mencapai perbandaran berdayahuni.
Program berlangsung selama 2 hari iaitu pada 23-24 Julai 2024 dengan menampilkan 11 barisan penceramah yang terbaik dengan pembentangan bertemakan Kelestarian Alam Sekitar, Tanggungjawab Sosial, Kecemerlangan Tadbir Urus, Implikasi Kewangan, Inovasi & Teknologi serta Pembangunan Hartanah Untuk Kebolehdiaman.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'