PROGRAM "LET'S SAVE STRAY DOG" SEMPENA KEMPEN PENGURUSAN ANJING TERBIAR MBAS 2024

27 Julai 2024, Alor Setar (Sabtu) – Program “Lets Save Stray Dog” sempena Kempen Pengurusan Anjing Terbiar 2024 yang telah diadakan bertempat di Dewan Taman Laguna Mas, Alor Mengkudu, Alor Setar. Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Bin Noh yang mewakili Datuk Bandar Alor Setar.
Antara pengisian program tersebut ialah sesi ceramah mengenai Tatacara Pemeliharaan Anjing Di Bawah Bidang Kuasa MBAS yang diberikan oleh Pegawai Undang-Undang MBAS, Dr. Elina Binti Mohd; Pengenalan Akta Kebajikan Haiwan 2015 oleh Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, En. Noorfaiz Fikri Bin Nor Azmi dan “Rabies: Facts, Not Fear” oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam, PKD Kota Setar, Dr. Fatin Aina binti Abu Bakar.
Selain itu juga, program tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti vaksin rabies percuma untuk 50 orang terawal, khidmat nasihat proses pemandulan anjing, pameran dari agensi, NGO dan klinik haiwan serta acara cabutan bertuah dan cenderahati buat para pengunjung.
 
Skip to content