PEMAKLUMAN
Adalah dimaklumkan bahawa Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2035 (Draf Pengubahan 6) boleh didapati untuk diperiksa.
Orang ramai dijemput untuk menyemak laporan tersebut bermula dari 11 Ogos 2024 hingga 11 September 2024 di Lobi Pejabat Majlis Perbandaran Sungai Petani, Ibu Pejabat, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Kaunter publisiti dibuka bermula jam 9.00 pagi – 4.00 petang (Ahad – Rabu) dan 9.00 pagi – 3.00 petang (Khamis) pada hari bekerja sahaja.
Bantahan atau representasi berkenaan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2035 (Draf Pengubahan 6) boleh dibuat melalui borang bantahan dan dikemukakan sebelum 11 September 2024 di kaunter publisiti di Lobi Majlis Perbandaran Sungai Petani.