KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.
BIL | NO SEBUT HARGA | PROJEK | KOD BIDANG |
1 | NO. 18/2024 (PER) |
SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MEMASANG “CORE DAN EDGE” DI BILIK SERVER BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN. |
210105
|
Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)
Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 12 Ogos 2024 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 4.30 petang | ||
Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 3.00 petang |
Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftar Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 19 OGOS 2024, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri, bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Seksyen Perolehan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebutharga di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman..
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 12 Ogos 2024