MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP INFRASTRUKTUR, KEMUDAHAN AWAM DAN SOSIAL KHAS
Ekoran Isu Banjir Kilat Di Kawasan Ambangan Heights Zon Kenanga Yang Telah Berlaku Kemarin Sekitar Jam 2.00-3.00 Pagi, Satu Mesyuarat Khas Telah Diadakan Pada 15 Ogos 2024 Jam 8.30 Pagi Di Bilik Gerakan Aras 5, Menara MPSPK.
Mesyuarat Yang Dipengerusikan Oleh Yang Dipertua MPSPK, Yang Mulia Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah Dan Turut Dihadiri Oleh YB Ustaz Azizan bin Hamzah, ADUN Bukit Selambau Adalah Bagi Membincangkan Isu Banjir Kilat Serta Mencari Penyelesaian Bagi Mengatasi Masalah Tersebut. Selain Itu, Isu Gangguan Bekalan Air Juga Turut Dibincangkan Ekoran Masalah Air Yang Berlaku Yang Telah Dibentangkan Oleh Pihak SADA.
Hadir Bersama, Barisan Ahli-Ahli Majlis MPSPK Dan Ex-Officio, Ketua-Ketua Agensi Teknikal, Pengarah-Pengarah Dan Ketua-Ketua Bahagian Dalaman MPSPK.