Program Edaran Jalur Gemilang Majlis Perbandaran Kubang Pasu 2024

26 Ogos 2024 (Isnin) – Program pengedaran Jalur Gemilang kepada pengguna kenderaan yang telah berlangsung di hadapan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Kubang Pasu telah disertai oleh Ahli Majlis MPKP, Pejabat Daerah Kubang Pasu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), JKR Kubang Pasu, JPS Kubang Pasu, Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, PLANMALAYSIA Kedah, SWCORP dan Syarikat E-Idaman.

Program berlangsung sekitar jam 9.00 pagi melihatkan lebih kurang 1000 unit jalur gemilang berjaya diedarkan kepada pengguna kenderaan yang melintasi. Walaupun keadaan cuaca yang agak mendung tidak menghalang pengedaran Jalur Gemilang diadakan. Program tamat sekitar jam 10.00 pagi.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content