KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) Di Negeri Kedah dan MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebutharga di bawah ini.
BIL | NO SEBUT HARGA | TAJUK | SYARAT PENDAFTARAN | TARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK |
1 | 16/2024 LR |
CADANGAN PENGINDAHAN DAN MENAIK TARAF KOMPONEN LANDSKAP KEJUR DAN LANDSKAP LEMBUT DI JALAN KAMPUNG BARU UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH |
BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G2 KATEGORI CE PENGKHUSUSAN CE14 DAN CE21 |
PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PADA 02 SEP 2024 JAM 09.00 PAGI BERTEMPAT DI TAPAK SEMAIAN
|
2 | 17/2024 LR |
CADANGAN MEMBAIKPULIH LANDSKAP KEJUR DAN PENGINDAHAN DI PANTAI MERDEKA UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH |
BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G2 KATEGORI CE PENGKHUSUSAN CE14 DAN CE21 |
PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PADA 02 SEP 2024 JAM 09.00 PAGI BERTEMPAT DI TAPAK SEMAIAN
|
3 | 18/2024 LR |
CADANGAN MENAIK TARAF SANGKAR/ KANDANG RUSA, MEMBINA MINI ZOO SERTA KERJA-KERJA LANDSKAP DI TAMAN JUBLI PERAK UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH |
BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G2 KATEGORI CE PENGKHUSUSAN CE14 DAN CE21 |
PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PADA 02 SEP 2024 JAM 09.00 PAGI BERTEMPAT DI TAPAK SEMAIAN
|
Harga Dokumen : RM50.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)
Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan mulai 02 September 2024 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 4.30 petang | ||
Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 3.00 petang |
Pembekal dikendaki membawa Cop Syarikat, Dokumen Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 09 September 2024, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebutharga di Kaunter Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman..
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 27 Ogos 2024