05 September 2024 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menganjurkan Coffee Break bersama Presiden Kongress Kesatuan Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), berkaitan dengan topik Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA): Produktiviti Dipertingkatkan, Integriti Dipelihara bertempat di Dewan Bandaran, Kulim pada pagi ini.
YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK dalam ucapan aluannya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak CUEPCAS, khususnya Presiden YBhg. Dato’ Dr. Hj Adnan bin Mat yang telah memperjuangkan isu-isu demi kebajikan anggota perkhidmatan awam.
“Peranan dan jasa penjawat awam sangat besar terhadap pembangunan negara. Paling penting, penjawat awam perlu bersatu hati, mempunyai jati diri yang kukuh dalam mengharungi cabaran-cabaran yang mendatang. Sebagai penjawat awam, kita perlu mempunyai semangat untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu mengikut perkembangan peredaran masa agar keberadaan kita masih lagi relevan dalam perkhidmatan awam”.
YBhg. Dato’ Dr. Hj Adnan bin Mat, CUEPACS, dalam ucaptamanya telah memberi penerangan kronologi perjuangan dan peranan CUEPACS dalam memastikan kebajikan dan insentif anggota perkhidmatan awam sentiasa releven seiring dengan tahap kompleksiti dan bebanan tanggungjawab dalam sektor awam ini.
YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Mat juga menyeru agar penjawat awam dapat meningkatkan prestasi dan integriti dalam penyampaian perkhidmatan yang terbaik semasa menjalankan tugas.
Sesi soal jawab turut berlangsung antara Presiden CUEPACS bersama para hadirin dengan pertanyaan dan penerangan yang jelas dan berinformasi.
Turut hadir, Tuan Haji Mohd Zaini bin Ramli, Tuan Pegawai Daerah Kulim; Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Puan Setiausaha MPKK; Ketua-ketua Jabatan dan wakil pelbagai agensi kerajaan Kulim, serta anggota MPKK.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta semua yang hadir dalam menjayakan program ini!!