BUAL BICARA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH BERSAMA REAL ESTATE AND HOUSING DEVELOPMENT (REHDA) CAWANGAN KEDAH/PERLIS

“ Kerjasama yang hebat akan mendapatkan hasil yang maksimal “ – Siti Jumiatun

Program Bual Bicara Yang Dipertua MPSPK bersama REHDA Cawangan Kedah/Perlis telah berlangsung pada 18 September 2024 selama 3 jam dengan jayanya bermula jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Bankuet, Aras 6 Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah. Hadir mengetuai ialah Pengerusi REHDA iaitu Encik Yeoh Su Guan bersama-sama Ahli-Ahli Jawatankuasa dan Ahli-Ahli REHDA Cawangan Kedah/Perlis.

Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah hadir bersama barisan Ahli-Ahli Majlis MPSPK, Setiausaha MPSPK Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian MPSPK.

Objektif Bual Bicara tersebut bertujuan untuk berkongsi idea dan pandangan bagi mencapai solusi dan kesepakatan dalam menangani isu-isu yang melibatkan proses pemajuan dan perancangan pembangunan. Selari dengan objektif tersebut juga secara tidak langsung dapat mewujudkan hubungan serta rakan strategik yang baik antara kedua-dua pihak.

Sekalung tinggi ucapan penghargaan terima kasih atas kesudian pihak REHDA bersama-sama menjayakan program tersebut. Semoga pertemuan yang telah pun berlangsung dapat dijadikan wadah untuk memberikan informasi dan memperkuat komunikasi antara pihak MPSPK dan pihak berkepentingan.

Skip to content