KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) Di Negeri Kedah serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebutharga di bawah ini.
BIL | NO SEBUT HARGA | PROJEK | SYARAT PENDAFTARAN | TARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK |
1 | 131/2024 (KEJ) |
KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM PERPARITAN DI LORONG JATI 9A, TAMAN BANDAR BARU, SUNGAI PETANI KEDAH |
BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G1 KATEGORI C PENGKHUSUSAN CE21 |
TARIKH : TEMPAT : ARAS G, LALUAN AUDITORIUM, MENARA MPSPK MASA : 9.00 PAGI
|
2 | 133/2024 (KEJ) |
KERJA-KERJA MEMBAIKI DAN MENAIKTARAF GERAI PANTAI MERDEKA, SUNGAI PETANI KEDAH |
BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G1 KATEGORI B PENGKHUSUSAN B04 atau B24 |
TARIKH : TEMPAT : ARAS G, LALUAN AUDITORIUM, MENARA MPSPK MASA : 9.30 PAGI
|
3 | 134/2024 (KEJ) |
KERJA-KERJA PEMBAIKAN BANGUNAN ARKED TANJUNG DAWAI, SUNGAI PETANI KEDAH |
BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G1 KATEGORI B PENGKHUSUSAN B04 atau B24 |
TARIKH : TEMPAT : ARAS G, LALUAN AUDITORIUM, MENARA MPSPK MASA : 9.30 PAGI
|
4 | 135/2024 (KEJ) |
KERJA-KERJA MENAIK TARAF BANGUNAN DI BENGKEL, MPSPK, SUNGAI PETANI KEDAH |
BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G1 KATEGORI B PENGKHUSUSAN B04 atau B24 |
TARIKH : TEMPAT : ARAS G, LALUAN AUDITORIUM, MENARA MPSPK MASA : 9.30 PAGI
|
Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)
Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan) mulai 25 September 2024 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 4.30 petang | ||
Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 3.00 petang |
Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebutharga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal perakuan pendaftaran kontraktor dan sijil perolehan kerja kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM CIDB), Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 06 OKTOBER 2024, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman serta dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebutharga di Kaunter Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 22 September 2024