MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH (MPSPK)

Pergi Ke Bota Pemuda Bercapal,
Puteri Gelang Mengutip Hutang;
Srikandi Negara Berjiwa Kental,
Berani Berjuang Beputih Tulang.

Tidak Dinafikan, Peranan Wanita Secara Tradisinya Digambarkan Sebagai Ibu, Yang Mengasuh Dan Mendidik Anak Serta Menjaga Kebajikan Keluarga Sehari-Hari. Namun, Peranan Wanita Kini Tidak Lagi Terbatas Dengan Tanggapan Lama Seperti Ini Kerana Wanita Semakin Agresif Menyertai Kerancakan Membangun Masyarakat Dan Insan Secara Terbuka.

Bersempena Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan MPSPK Yang Diadakan Pada 26 September 2024 Pada Jam 2.30 Bertempat Di Dewan Auditorium Aras G, Menara MPSPK, Seramai 146 Orang Kakitangan Wanita MPSPK Telah Menghadiri Mesyuarat Yang Julung Kali Diadakan.

Perasmian Mesyuarat Tersebut Telah Disempurnakan Oleh Yang Dipertua MPSPK Merangkap Penasihat Puspanita Cawangan MPSPK, Yang Mulia Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah Yang Diiringi Oleh Pengerusi Puspanita Cawangan MPSPK, Puan Rafizah Binti Hashim. Antara Titipan Ucapan YDP MPSPK Adalah Berharap Agar Puspanita MPSPK Sentiasa Proaktif Dalam Memastikan Persatuan Tersebut Kekal Releven Dan Juga Sentiasa Bergerak Seiring Dengan Peredaran Zaman. Malah YDP Juga Berharap Agar Ahli-Ahli Puspanita MPSPK Sentiasa Mengambil Berat Hal Ehwal Masyarakat Setempat Bagi Memastikan Perhubungan Sosial Antara Puspanita Dan Penduduk Sentiasa Erat Serta Saling Mengambil Tahu Antara Satu Sama Lain.

Semoga Puspanita MPSPK Dibawah Pimpinan Puan Rafizah Binti Hashim Akan Terus Cemerlang Dalam Memberikan Khidmat Masyarakat Yang Terbaik Dan Menjadi Puspanita Yang Paling Aktif Di Kedah.

Skip to content