PROGRAM SOLAT DHUHA DAN BACAAN YASIN BULANAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR 2024
12 Ogos 2024 (Isnin) – Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama Puspanita MBAS dan Biro Agama & Dakwah, Kelab MBAS telah mengadakan Program Solat Dhuha Bulanan bertempat di Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah.
Program telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar diiringi isteri, YBhg. Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS. Solat Dhuha berjemaah dan bacaan Yassin telah dipimpin oleh Ustaz Shahrul Bin Hassan, Imam Masjid Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah.
Hadir sama Yang Dipertua Kelab MBAS, Tn. Haji Md. Nayan Bin Bahari; Pengarah-Pengarah MBAS serta semua kakitangan dan ahli Puspanita Majlis Bandaraya Alor Setar.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'