KUNJUNGAN DATUK BANDAR ALOR SETAR KE KAMPUNG LORONG PEKAN @SOUQ AL-BUKHARY, ALOR SETAR
24 Ogos 2024, Alor Setar – Kunjungan Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud ke program Kampung Lorong Pekan yang diadakan bertempat di perkarangan SOUQ Commercial Centre Alor Setar, semalam.
Ia turut dihadiri ADUN Derga, YB Muhammad Amri bin Wahab; Pengerusi Puspanita MBAS, YBhg. Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar; Ahli-Ahli Majlis MBAS serta pihak penganjur.
YBhg. Datuk Bandar juga sempat beramah mesra bersama para peniaga dan para pengunjung sebelum menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada vendor-vendor terbaik di program berkenaan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'