ACARA PELEPASAN KAYUHAN JIWA MERDEKA : JELAJAH NEGERI KEDAH BAGI DAERAH KOTA SETAR
24 Ogos 2024, Alor Setar – Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia & Sukan Negeri Kedah, YB Haji Muhammad Radhi bin Md Din diiringi Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud hadir bagi menyempurnakan acara pelepasan Kayuhan Jiwa Merdeka bagi daerah Kota Setar yang telah diadakan bertempat di Dataran Medan Bandar.
Kayuhan tersebut diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 bagi memupuk semangat cintakan negara di kalangan penduduk negeri Kedah. Kayuhan ini telah bermula pada 23 Ogos 2024 di Daerah Langkawi dan akan menjelajah ke seluruh daerah dalam negeri Kedah serta kayuhan terakhir pada 30 Ogos 2024 bermula di daerah Kubang Pasu ke Taman Jubli Emas, Alor Setar bagi gimik penyerahan bendera.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'