KONVENSYEN PENGUATKUASAAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2024
“Bersempena Sambutan Hari Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke-55 Tahun, Konvensyen Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2024 telah diadakan bertempat di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB).
Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah bersama Ketua Bahagian Undang-Undang Nurul Shashabilla binti Ahmad Sukri dan Ketua Jabatan Penguatkuasaan Encik Roslin bin Bakar Serta Kakitangan Jabatan Penguatkuasaan MPSPK hadir menyertai konvensyen tersebut yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 1 hingga 3 Oktober 2024.
Konvensyen ini turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur YBhg. Datuk Seri Paduka TPr. Dr. Mainunah binti Mohd Sharif dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman PDRM CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain.
Konvensyen yang mengumpulkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia ini membincangkan antaranya Sesi Perkongsian Arahan Tetap Penguatkuasa, Forum Cabaran PBT Menangani Isu Penglibatan Warga Asing dalam Aktiviti Perniagaan, Ceramah Pengurusan Keselamatan Tapak Pembinaan dan Pemakaian Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Akta 514) dalam konteks PBT dan akhir sekali Forum Cabaran Penguatkuasaan Alaf Baru & Keberkesanan Tindakan Penguatkuasaan.
Pada hari ketiga konvesyen, YBhg. Datuk Seri Paduka TPr. Dr. Mainunah binti Mohd Sharif memberi ucapan sempena Majlis Perbarisan Hari Penguatkuasaan. Konvensyen berakhir dengan Kawalan Kehormat Utama. Semoga penyertaan MPSPK dalam konvensyen ini dapat meningkatkan dan memperkukuhkan pelaksaan Jabatan Penguatkuasaan ke arah yang lebih baik.
Sumber photo dari : @Unit Media Strategik JPK DBKL