LAWATAN TAPAK EXCO PERUMAHAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN KESIHATAN NEGERI KEDAH KE TERMINAL BAS SHAHAB PERDANA
25 Ogos 2024, Alor Setar – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar (B) Mansor Bin Zakaria telah mengadakan satu lawatan tapak ke Terminal Bas Shahab Perdana sebentar tadi. Lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk meninjau keadaan di kawasan terminal bas tersebut serta mengenal pasti pelan perancangan bagi membangunkan terminal bas berkenaan dari pihak MBAS.
Hadir sama Ketua Bahagian Pengurusan Harta MBAS, Sr. Zamzama bin Mohd; Ketua Bahagian Pembangunan Kerja Awam, En. Ahmad Sujairi bin Md. Hassan; Ketua Bahagian Mekanikal & Elektrikal MBAS, EN. Mohamad Zohdi bin Zulkifli serta kakitangan terlibat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'