BARIS HORMAT DAN TAKLIMAT OLEH YANG DIPERTUA MPSPK BERSAMA KAKITANGAN BARU
“The only way to do great work is to love what you do. If you haven’t found it, keep looking. Don’t settle” – Steve Jobs
Seawal jam 9.00 pagi, telah berlangsungnya Pemeriksaan Perbarisan Jabatan Penguatkuasaan dan kakitangan baru oleh Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah. Turut hadir bersama Presiden Cuepacs YBhg Dato’ Dr. Haji Adnan bin Mat, Pengarah-Pengarah Jabatan serta Ketua-Ketua Bahagian MPSPK.
Yang Dipertua kemudian menyampaikan taklimat kepada seluruh kakitangan baru di Dewan Banquet Aras 6 bermula jam 10 pagi.
Antara amanat dan petikan YM Yang Dipertua adalah: “ Terus berjaya, kekal di sini, semoga yang ada di depan saya boleh bekerja smpai ke garisan penamat, ” katanya.
Semoga amanat dan nasihat yang diberikan menjadi pemangkin serta panduan kepada seluruh warga kerja MPSPK dalam memberikan yang terbaik kepada masyarakat.