MBAS SERTAI PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-67 PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2024

31 Ogos 2024, Alor Setar – MBAS sertai Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 yang telah diadakan bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar. Pada kali ini MBAS menampilkan pakaian batik dengan serba merah membawa slogan ‘Bandarayaku Alor Setar Indah Dan Ceria.
 
YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar diiringi isteri, Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS turut hadir menyaksikan Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 berkenaan.
Kontinjen Kawad MBAS yang terdiri daripada 33 anggota diketuai oleh Encik Mohammad Azril Bin Ahmad Zaki. Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Kawad MBAS di atas komitmen yang terbaik dalam Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat Negeri Kedah Tahun 2024.
 
 
Skip to content