22 Oktober 2024 – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pegawai-Pegawai Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia (PEPAM) Bil 04/2023-2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Hikmah, Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK).

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK telah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak PEPAM kerana memilih MPKK sebagai tuan rumah bagi pelaksanaan mesyuarat kali ini.

“Peranan Pegawai Penilaian amatlah penting dalam sesebuah PBT selaras dengan kepesatan pembangunan. Profesion Pegawai Penilaian merupakan tonggak utama dalam sesebuah PBT yang menjadi penyumpang terbesar hasil kepada PBT melalui cukai taksiran yang dinilai.”

“Dengan harapan melalui mesyuarat jawatankuasa ini, Pegawai Penilaian dapat meneliti perundangan yang berkaitan perlu dikaji semula, memantapkan kecekapan pegawai penilaian melalui kursus dan latihan serta memperkasakan teknologi seiring dengan keperluan semasa.”

“Semoga segala perbincangan dan fokus utama dalam mesyuarat ini dapat membuahkan hasil yang bermanfaat seterusnya dapat meningkatkan tahap kecekapan serta peningkatan hasil kepada PBT masing-masing di seluruh negara”.

Sr. Haji Azmi bin Miswan, Pengarah Penilaian, Majlis Bandaraya Johor Bahru, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal, Persatuan Pegawai Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (PEPAM) manakala Sr. Dr. Jamirin bin Haji Sainan, Ketua Jabatan Penilaian dan Pengurusan Hartanah, Majlis Perbandaran Bentong, merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal PEPAM hadir menerajui perjalanan mesyuarat jawatankuasa tersebut.

Ahli Mesyuarat seterusnya berkesempatan untuk mengadakan sesi lawatan teknikal ke Kilang AT&S (M) Sdn. Bhd. sebelum bersurai.

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat khususnya Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPKK yang mengatur urus sepanjang perjalanan mesyuarat berlangsung.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content