PEMAKLUMAN :

Kaunter Kutipan Pejabat Cawangan Majlis Daerah Bandar Baharu di Bandar Baharu, Kedah TERGENDALA buat sementara waktu (SYSTEM DOWN) bagi sebarang pembayaran Cukai Taksiran dan Sewaan Ruang Niaga mulai pada 27 OKTOBER 2024 (Ahad) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan menaiktaraf talian telefon di lokasi tersebut.

Segala urusan / pembayaran cukai taksiran dan sewaan ruang niaga boleh dibuat di Ibu Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu di Serdang, Kedah atau secara atas talian melalui agen kutipan iaitu JomPay, PBTPay, CIMBCliks atau Pos Online sepanjang tempoh penyelenggaraan ini.

Untuk sebarang pertanyaan/permasalahan, orang awam boleh menghubungi MDBB di talian 04-4077264 atau faks di talian 04-4078873.

Kaunter operasi bayaran akan dibuka semula setelah kerja-kerja penyelenggaraan selesai dilaksanakan.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, harap maklum.

Skip to content