PROGRAM BUAL BICARA KEDAH TUA

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dan Pejabat Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Persatuan Sejarah Kedah, Kedah Tourism Sdn Bhd, Persatuan Arkeoadvanture dan Persatuan Ancient Kedah (Ancked) telah menganjurkan Program Bual Bicara Kedah Tua di Dewan Kenangan Sultan Abdul Hamid.

Ucapan perasmian Program Bual Bicara Kedah Tua ini disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Dr Amin bin Ali dan menampilkan dua orang panel yang berpengalaman dan merupakan pakar dalam bidang Sejarah Kedah iaitu Prof. Solehah binti Yaacob, Dato’ Dr. Mokthar bin Saidin bersama Moderator Pengerusi ANCIENT Kedah Heritage Resources Encik Mazlan bin Mahmood.

Bual bicara ini dilaksanakan sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025 yang akan datang. Panel-panel yang hadir tidak keberatan berkongsikan keunikan tentang sejarah bermulanya kerajaan negeri Kedah serta cabaran yang dilalui sehingga kini. Perkongsian ini amat penting dalam memastikan warga negeri ini berpengetahuan mengenai sejarah negeri Kedah.

Hadir bersama menjayakan program ialah Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Setiausaha MPSPK Noorulhuda binti Mohammed Ali, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan MPSPK. Turut hadir Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En Haji Mohd Afiq bin Md Saad, kakitangan awam dan swasta, masyarakat awam serta NGO dalam daerah Kuala Muda.

#BualBicaraKedahTua #BersihIndahDanCeriaSungaiPetaniku #spbandarberdayahuni #TransformasiKeArahKecemerlangan #MPSPK

Skip to content