Majlis pelancaran Smart Kubang Pasu 2024

24 Oktober 2024 (Khamis) – Majlis pelancaran Smart Kubang Pasu 2024 telah berlangsung di perkarangan Yawata, Jitra Kedah. Tetamu-tetamu jemputan Yang Berhormat Encik Azhar Bin Ibrahim (Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Ayer Hitam), Yang Berhormat Encik Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir (Ahli Dewan Undangan Adun Kota Siputeh), Tuan Chien Chunng Tsaur (Timb. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu) serta tetamu-tetamu jemputan dari agensi-agensi yang lain.

Terlebih dahulu Puan Salmi Nadia Binti Dato Sri Mohd Hilmey (Pengarah Urusan Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hei Tech Padu Berhad) mewakili Hei Tech Padu Berhad memberikan ucapan pembukaan. Seterusnya, Tuan Badrulhisham Bin Haji Sulaiman Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu memberikan ucapan perasmian pelancaran Smart Kubang Pasu. Dalam ucapan Yang Dipertua MPKP “Sistem ini direka untuk meningkatkan kecekapan pengurusan tempat letak kenderaan melalui penggunaan teknologi pintar yang memudahkan pengguna mencari tempat letak kenderaan yang kosong dengan cepat dan mudah.” Beliau menerangkan kemudahan sistem Smart Kubang Pasu yang mana memudahkan orang awam dengan menjimatkan masa dan tenaga untuk mencari petak parkir.

Tambahan pula, beliau juga ada menyatakan dalam ucapan “pelaksanaan Smart Kubang Pasu juga adalah selari dengan agenda Majlis Perbandaran Kubang Pasu untuk mewujudkan bandar pintar yang akan menjadi nilai tambah kepada kesejahteraan warga Kubang Pasu. Selain itu juga, penggunaan Smart Kubang Pasu dapat menyokong kepada pemurnian bandar rendah karbon yang mana sistem ini dapat membantu mengurangkan jangka masa penggunaan petrol dan diesel. Ini kerana, aplikasi Smart Kubang Pasu dilengkapi dengan maklumat ketersediaan petak-petak parkir yang boleh digunakan kepada pengguna dan ianya akan menjimatkan masa pengguna untuk mendapatkan petak-petak parkir ini. sistem smart parking ini meliputi 2 fasa iaitu fasa pertama, projek ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan fungsi “park & pay” melibatkan integrasi ciri-ciri seperti pembayaran parkir digital, pas bulanan dan penggunaan aplikasi awam smart kubang pasu. setakat ini, aplikasi awam smart kubang pasu telah “go-live” dan boleh dimuat turun melalui platform play store, app store dan huawei appgallery bermula 17 september yang lalu. Manakala bagi fasa kedua, pemasangan iot sensor untuk 500 tempat letak kereta yang dijadualkan pada awal tahun 2025 memudahkan pengguna & pelanggan mencari tempat letak kenderaan yang kosong dengan penambahbaikan portal smart kubang pasu, sistem sokongan dan aplikasi penguatkuasaan. ini selaras dengan hasrat kerajaan malaysia, seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam “My Digital Blueprint”, untuk menggalakan pengguna membuat bayaran caj parkir dan kompaun secara pembayaran tanpa tunai. Antara komponen-komponen penting smart parking adalah aplikasi pintar pengguna & E-Kupon, penguatkuasaan pintar & bersasar, pelaporan eksekutif, iot sensor di setiap tempat letak kereta dan juga portal pengguna. dengan adanya ciri-ciri sistem keselamatan yang mematuhi dasar, polisi, garis panduan dan kandungan serta keselamatan ict semasa iaitu cctv, penderia banjir & kawalan trafik yang lebih efisien. Majlis Perbandaran Kubang Pasu mensasarkan akan melaksanakan Smart Kubang Pasu sepenuhnya menjelang awal tahun 2025 dan pengguna disarankan untuk memuat turun aplikasi Smart Kubang Pasu ini bagi memudahkan urusan berkaitan parkir.”

Seterusnya gimik pelancaran disempurnakan oleh Tuan Badrulhisham Bin Haji Sulaiman bersama Puan Salmi Nadia Binti Dato Sri Mohd Hilmey. Tayangan video gimik pelancaran pada akhir gimik pelancaran yang mana menceritakan tentang kelebihan penggunaan Smart Kubang Pasu.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content