MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN MPSPK

Hilangmu tiada pengganti,
Hanya tinggal kenangan abadi,
Terima kasih jasa di beri,
Akan kami semai di hati.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Yang Mulia Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah telah menghadiri majlis persaraan seorang kakitangan di Bahagian Inspektorat, Jabatan Kesihatan Persekitaran yang telah berkhidmat selama 28 tahun sebagai Pembantu Awam H11.

Majlis yang berlangsung di Bengkel MPSPK itu turut dihadiri oleh pengarah-pengarah jabatan, Ketua-ketua Bahagian dan rakan sekerja sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan dan dedikasi beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Encik Zulkefli Bin Ahmad dilahirkan pada 29 Oktober 1964 berasal dari Kampung Lalang, Baling. Mula berkhidmat di MPSPK pada bulan Februari 1997 sebagai Pekerja Rendah Awam R3 Kontrak di Bahagian Perkhidmatan Bandar, Jabatan Kesihatan. Kini dikenali sebagai Bahagian Inspektorat, Jabatan Kesihatan Persekitaran. Pada 3 Oktober 2013 beliau ditawarkan ke jawatan tetap iaitu Pembantu Awam H11 di Bahagian Inspektorat, Jabatan Kesihatan Persekitaran setelah berkhidmat sebagai pekerja kontrak selama 16 tahun. Beliau terus mencurahkan bakti yang tidak berbelah bahagi di Bahagian Inspektorat sehingga kini dan akan bersara wajib mulai 28 Oktober 2024.

Sebagai tanda penghargaan, YM Yang Dipertua telah menyerahkan cenderahati kepada pesara sebagai tanda penghargaan dan kenangan bagi segala jasa yang telah dicurahkan. Majlis diakhiri dengan sesi memotong kek dan jamuan makan tengahari.

Skip to content