KONVENSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) TAHUN 2024

“ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat” – Iman Syafie

Sekitar Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2024 yang berlangsung selama dua hari bermula dari 26 Oktober 2024 sehingga 27 Oktober 2024 dan diadakan bertempat di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya Selangor.

Konvesyen bertemakan Sinergi Madani – Perkukuh PBT pada kali ini dihadiri Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian bersama 81 orang kakitangan MPSPK.

Konvensyen ini merupakan anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan menghimpunkan seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia. Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof diiringi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) YB Datuk Aiman Athirah binti Sabu.

Antara aturcara dalam konvensyen ini adalah sesi pembentangan antaranya dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDM), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan beberapa agensi awam dan PBT yang lain. Program kemudian diteruskan dengan sesi Town Hall bersama Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YB Nga Kor Ming yang mengetengahkan pelbagai isu dan permasalahan PBT. Program berakhir dengan ucapan penutup yang disempurnakan oleh YB Nga Kor Ming.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content