06 November 2024 – Selamat berjuang diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) yang akan bertanding dalam Sukan PBT Malaysia (MALA) 2024, yang akan berlangsung dari 6 hingga 10 November di Alor Setar, Kedah.

Sesi flag off bagi pasukan telah disempurnakan oleh Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK yang turut disaksikan oleh Encik Halimin Bin Lahaming, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MPKK. Turut dihadiri Pengarah dan Pegawai MPKK.

YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK telah menyampaikan jersi sebagai simbolik sokongan dan semangat juang kepada ahli pasukan.

Semoga pasukan bola sepak MPKK terus bermain dengan semangat tinggi, ketangkasan dan keazaman yang luar biasa. Berjuanglah dengan penuh dedikasi demi kejayaan!

Kemenangan bukan hanya tentang hasil, tapi tentang semangat yang tak kenal lelah!

Seluruh warga MPKK mendoakan semoga kemenangan menjadi milik anda!

#MajlisPerbandaranKulimKedah

#SukanPBTMalaysia2024

#MALA2024

Skip to content