MAJLIS AMANAT YANG DIPERTUA MPSPK BERSAMA PENGUATKUASA
“Saya Selaku Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Dengan Ini Memberi Kuasa Kepada Anda Dan Adalah Diletak Hak Dengan Sepenuhnya Kuasa Setaraf Dengan Jawatan Pembantu Penguatkuasa Bagi Menjalankan Tugas-tugas Di dalam Undang-Undang Yang Dikuatkuasakan Oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani” demikian kata-kata dari Yang DiPertua ketika sessi Penyerahan Kad Kuasa berlangsung pada pagi tadi.
Pada pagi tadi telah berlangsung Majlis Amanat Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah bersama Pegawai- pegawai serta anggota-anggota Penguatkuasa bertempat di Dewan Banquet Aras 6 Menara MPSPK.
Sebagai penguatkuasa, Yang Dipertua MPSPK mengingatkan semua agar sentiasa berpakaian kemas, berdisiplin dan menjaga keperibadian ketika melaksanakan tugas. Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan meningkatkan ilmu khususnya dalam bidang undang-undang. Akhir sekali, kesihatan kakitangannya turut menjadi perhatian Yang Dipertua MPSPK. Beliau berpesan agar setiap kakitangannya tidak lupa menjaga kesihatan selain komited dalam menjalankan tugas.
Majlis amanat ini turut dihadiri Ketua Jabatan Penguatkuasaan Encik Roslin bin Bakar. Yang Dipertua MPSPK kemudian menyerahkan kad kuasa kepada 14 orang kakitangan Jabatan Penguatkuasaan yang dilantik baru-baru ini.
Klik untuk gambar sekitar program