LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT EXCO PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN KEUSAHAWANAN NEGERI KEDAH KE DAERAH KUALA MUDA, KEDAH
“The world is a book, and those who do not travel read only a page” – Saint Agustine
Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawan Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin, bersama-sama YB. Ustaz Haji Hanif bin Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai dan YB. Ustaz Shahrir Long, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka telah mengadakan lawatan kerja di sekitar kawasan pelancongan di Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman.
Antara kawasan pelancongan yang dilawati adalah Tanjung Dawai, Jeti Semeling, Pantai Merdeka dan sekitar Dataran Tsunami. Sesi lawatan kerja ini adalah satu langkah positif dalam usaha menaik taraf dan memajukan sektor pelancongan, kebudayaan dan keusahawanan di Negeri Kedah sekali gus memberi peluang untuk membangunkan ekonomi bagi komuniti setempat dan meningkatkan daya tarikan pelancongan di negeri Kedah Darul Aman.
Turut hadir dalam lawatan tersebut, Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan serta Ketua-Ketua Bahagian MPSPK yang memberikan penerangan dan penjelasan ringkas kepada YB Exco sepanjang sesi lawatan tersebut.
Klik untuk gambar sekitar program