Mesyuarat Perlaksanaan Program Santuni Madani Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Di Kampung Tok Kepak,kodiang Kedah.
10 November 2024 (Ahad) – Mesyuarat yang dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira M. Noor Azman Bin Taib telah berlangsung di tingkat 2 Bilik Persidangan Majlis Perbandaran Kubang Pasu. Mesyuarat turut dihadiri oleh Yang Dipertua MPKP Tuan Badrulhisham Bin Haji Sulaiman, Setiausaha MPKP Faizal Azli Bin Ghazali dan beberapa tetamu daripada pelbagai agensi yang terlibat dalam pelaksanaan program ini.
Mesyuarat ini khususnya membincangkan mengenai isu-isu dan permasalahan yang diutarakan oleh wakil daripada Kampung Tok Kepak. Mesyuarat yang melibatkan perbincangan dua hala sangat penting bagi memudahkan urusan penyelesaian isu dan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk Kampung Tok Kepak.
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu