12 November 2024 – Inisiatif dan usaha Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dalam memperkukuhkan kedudukan peniaga tempatan dan mencipta persekitaran perniagaan yang lebih selamat dan selesa, para peniaga dari Lorong Kenari 2/2 kini akan beroperasi di Tapak Penjaja Taman Kenari, Kulim!

Majlis penyerahan tapak ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Khari Bin Mohd Salleh, Ahli Majlis Zon 04 MPKK. Langkah penempatan ini adalah inisiatif untuk menyediakan lokasi yang lebih kondusif dan teratur, bukan sahaja untuk kemudahan penjaja, tetapi juga bagi memastikan keselesaan orang awam yang berkunjung ke kawasan tersebut.

Penempatan baru ini akan memberi peluang kepada penjaja untuk menjalankan perniagaan dalam persekitaran yang lebih terurus, sekaligus meningkatkan taraf perkhidmatan mereka kepada masyarakat setempat. Sesi ini melibatkan 15 penjaja yang akan memulakan operasi di tapak baru pada 22 November 2024 (Jumaat).

MyKiosk merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan untuk kembali berdaya saing dan meningkatkan keupayaan perniagaan.

Ia bertujuan meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk setempat dengan memberi manfaat kepada para peniaga, di samping dapat menyediakan ruang niaga yang seragam, selamat dan selesa kepada peniaga.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dalam memastikan kelancaran sesi ini.

Klik untuk gambar sekitar program

#TheGreaterKedah

#KulimSmartCity

#MajlisPerbandaranKulimKedah

Skip to content