Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang berlangsung dari 22 hingga 24 November di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) telah membuka ruang perbincangan penting bagi memacu pembaharuan sektor awam ke tahap yang lebih cemerlang, inklusif, dan berdaya saing.

Majlis perasmian yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Konvensyen ini menghimpunkan pemimpin, pakar, dan komuniti untuk merangka strategi-strategi yang akan memperkukuh keberkesanan perkhidmatan awam, demi manfaat rakyat dan negara.

Salah satu sesi utama, Forum Penambahbaikan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan, memperlihatkan perbincangan yang amat signifikan, YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) bersama ahli panel yang terdiri daripada Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi; Dato’ Zakaria bin Shaaban, Ketua Pengarah, Jabatan Imigresen Malaysia, serta moderator Tuan Zahid bin Ismail, Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia.

Sesi forum ini membicarakan tentang mengenal pasti strategi inovatif, penggunaan teknologi dalam pengurusan, serta pendekatan yang lebih mesra pengguna dalam sistem pentadbiran. Di samping itu, perkongsian mengenai mempercepatkan proses dan mengurangkan beban kerja kakitangan, sambil memastikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dapat diberikan kepada rakyat.

Konvensyen ini adalah platform strategik dalam merangka langkah-langkah pembaharuan untuk memastikan sektor awam terus berdaya saing dan relevan dalam memenuhi aspirasi rakyat dan negara.

#KonvensyenReformasiPerkhidmatanAwam2024

#SektorAwam

#KecekapanPenyampaianPerkhidmatan

#TransformasiAwam

#MajlisPerbandaranKulimKedah

Skip to content